Peminat,
Saya rasa awak janganlah minat saya sangat, dan memaksa saya kahwin dengan awak, dengan kadar yang segera. Ini kerana, saya rasa kita berdua masih muda. Seharusnya kita gunakan peluang ini untuk mencuba pelbagai perkara dan mencebur dalam hobi-hobi yang bermakna.
Peminat,
Saya tahu awak suka simpan duit. Malah awak simpan duit hari-hari. Sampai satu tahap, awak memang malas beraktiviti. Janganlah macam tu. Gunalah sedikit duit untuk mempunyai hobi. Kerana jika dah kahwin nanti, bila awak dah tahu yang awak bosan duduk sahaja kat rumah dengar bebelan isteri, baru la awak nak ada hobi karaoke la, hobi chatting la, hobi mengelab (kata kerja clubbing :P) dengan wanita lain la. Jadi cadangan saya, baiklah awak buat aktiviti macam ni sehingga terasa bosan. Dah kahwin nanti, baik beraktiviti lain. (eh, saya tak maksudkan kahwin dengan saya tau?)
Peminat,
Saya tahu awak minat kat saya dari kita sekolah rendah lagi, tp itu tak bermakna awak kenal siapa kah diri saya yang sebenarnya. Saya sebenarnya seorang yang tak best, tak menarik dan tidak pandai berjimat. Kalau setakat saya seorang wanita pandai yang menyebabkan awak tertarik kepada saya, susahlah. Sebab saya dibentuk hanya dengan 10% kepandaian sahaja. Yang lain-lain penuh dengan merepek aje.
Peminat,
Daripada awak asyik tepon saya dengan takde isi kandungan, baik awak guna duit tepon tu untuk beraktiviti (seperti berkayak sungai putih, menggelongsor di langit, bermain futsal, bermain muzik, membaca buku yang menarik atau mengambil gambar menggunakan Lomo) dan kemudiannye berkongsi dengan saya tentang pengalaman awak tu. ada la sket isi kandungan perbualan kita. Saya letih jugak nak jawab saya pakai baju apa hari ni, saya dah makan ke belum, saya makan apa, saya buat apa sepanjang esok hari dan selamanya. Bukan apa, saya tahu tu sume tanda-tanda kasih sayang, tp daripada tanda-tanda kasih itu diperbuat daripada soalan, baik awak bagi aja saya hadiah-hadiah (seperti kamera oktomat ke, jam tangan Swatch ke, selipar Crocs ke, helmet basikal ke, atau CD-CD kasabian, rooney ,the shins dan ramai lagi) sebagai tanda sayang awak tu.
Peminat,
Saya bukan tak suka kat awak, tp takdelah pulak saya suka. Saya takde perasaan buat masa ini. Lagipun bila saya kata saya sibuk, awak mcm tak percaya pulak. Menganjing lagi ada. Percayalah, saya ni bukan selalunya sibuk. Bila tak sibuk nanti, mungkin saya ada la masa nak layan awak.
Peminat,
Lagi satu kan, saya tak minat la orang paksa-paksa saya buat kerja yang saya tak minat, contohnya temankan awak gi Muar tempoh hari. Takde sebab saya nak ikut awak ke Muar dan saya pulak bawak kerja dari opis untuk dilangsaikan di rumah. Nasib baik awak tak tau rumah saya kat mana, kalau tak saya jangkakan awak mesti akan datang ke rumah dan pujuk rayu di pintu pagar.
Peminat,
Saya tahu, mesti awak takkan baca surat saya ni. Tapi besar kemungkinan agen perisik awak yang akan cuba mengesan saya dan semua perihal tentang saya. jadi , nota kaki saya untuk agen perisik ialah : Awak, yakinkah awak saya ni la orangnya yang menulis surat ini kepada kawan awak tu? kedua, lain kali kalau nak sebarkan gambar-gambar comel saya untuk dijadikan poster dinding, sila dapatkan kebenaran saya dulu. Sebab saya ni tak dibayar royalti pon.
Baiklah, sekian sahaja rintihan perasaan saya ni. Saya menjangkakan sebuah panggilan telefon dari awak dalam jam 8 pagi nanti. dan mungkin sebelum tu, sebuah sms bertanya, sibuk ke kerja hari ini? atau malam ini free? hehe. nasib baik fon saya kena 'palang', maka tak dapat la saya menjawab sms itu.
Jaga diri.
p/s : the facts and figures used have been rendered for entertainment purposes. dan Zaha, saya tahu saya berjanji tahun lepas untuk mendapatkan kontrak tender tetap tahun ini, tapi nampak gayanya janji tu sambung ke 2008 aje lah. hahah.
14 comments:
Hmm..interesting, interesting. This is indeed an interesting letter, the most interesting letter I've read thus far.
May everything goes well for you ;)
haha. thank you :")
just to add, he did call me at 8 this morning. 8, exactly 8. i m good at predicting things la. hahaha.
Adek Rafiqa,
This is very kelakar ok.And you start to sound like abang neraka already.
By the way, Encik Dayat you tu dah pass my letter to Puan Hasnah?
nice one rafiqa!
nampaknya kita semua sudah mula menurut jejak langkah abang hilang akal dalam mengarang blog. mungkinkah dengan cara ini kita lebih senang release? atau lebih senang express ourselves?
good one though!!
miss cindy@anonymous,
pehal kakak u ni anonymous? i can always detect it's u la . haha.
sounding like abang neraka? woohoo. idola la tu. i heart abang neraka.
anyway, regarding your surat menyurat, dayat kata dia dah pass kat PAR dia.
sekian tima kasih. ;)
medcham:
abang, i tak tiru la abg hilang akal aka zaha dodol. haha.
peminat i ni tak cakap omputih sgt. paling kuat pon dia cakap, i miss u. hahah. so kira surat ni harus la berbahasa kebangsaan supaya sesuai dengan target audience la. LOL.
uuuuuuuuuuu dah ada stalker skrg. careful adek, cuba tengok celah² mangkuk jamban kat umah u.. mana tau kot ada hidden camera peminat u tu ke.. ahah!
This actually made my day...
medcham :
kat rumah i konfem ar takde camera. umah i pon dia tak tau katne tu. lega den. abg, dia offer nak amek dari airport ni hari ahad ni. takmoh la i. takoooooooooot. hahah.
lola :
it's good to know that it makes your day. how about rafting on the 8th? it'll make even your month worthwhile. heheh.
tumpang lalu...
how do u know dat dis fella doesnt know ur place and the camera is impossible to exist at ur place. remember u mentioned bout the agen perisik, dis chap might know and he might hv placed a camera or few cameras around. huhu... PONDER !
btw... it's true, dis entry is unlike abg hilang akal one. ur prose is different, u hv ur own style. gd one, like it...! nway, i can imagine how dis guy really memualkan u. the malay language used didnt turn u on at all. huhu... no offence to my beloved malay language. it's in my blood, always (gile patriotik). but to associate thinker bell with a guy who speaks malay is like... huhu, dunno (jawab sendiri la).
77
77 : haha gila kerek. u can't associate me with malay-speaking dude ke? eh, i dated plenty of malay guys who speaks malay la weh. yg bangsa asing sikit aje. LOL.
the thing is kan, this guy tak borak things yg memerlukan pemikiran at all. ntah, perbualan kosong that revolves around sekolah rendah, jual mahal, boyfriends, kahwin, jumpa mak bapak.
fine, i like straight forward guys, but not yg tak menyempat. haha. tahtah dah tua ni i dah tak best ke, tak cool ke, wouldn't he need some time to know me better?
or maybe in short, it's just me. maybe i was not attracted in the first place. plainly my fault. heh.
what is so wrong with me? ya ampun. hmm, maybe that pharmacist kot. i should start typing some sizzlingly smart email now.hahaha
malay-speaking dudes but also conversant in english...
well, an average guy wud do dat i must say. and it is fancied by an average girl. but u r far above average and u need more (mind u it's not ur fault)...
therefore, u r somehow easily attracted to a matured guy (not by age) who r experienced enuff and can afford to offer u with an interesting conversation, who r unfortunately attached...
77
77 : god , tell me about that 'unfortunately attached' tu. haha. that's pretty obvious kan?
me? above average? taz, define above average. i m so not la. i'm within the average bar. trust me. and i dont think that i'm too hard to be impressed pon. i'm always amazed with what smart people do. heh. even the littlest things like the good books they read, new things the ventured into. things like that. :D
huh... susah nie
if u claim urself within the average bar, then ur definition of average is way beyond wot this guy can think about perhaps.
for instance, 'smart ppl' to you is someone who reads gd books, hv plenty of activities and he shares his stories and experiences with u. enrich ur knowledge...
but 'smart ppl' to him (maybe) is someone who cares most, asks questions of daily routines like ur attire worn or ur food eaten...
77
perhaps smart has a wider definition now. but then its all a matter of perspectives.
this is another subjective word when it comes to defining it.
i have to concur with u on this one. maybe, we just dont share the same interest.
semudah itu. :D
Post a Comment