Sunday, June 22, 2008

damansara

I

damansara damansara
selalu saja di damansara
hari ini damansara, hari esok damansara.
dan setiap kali kau disana, hati aku jadi gundah.

damansara damansara
tempat berkumpul cinta lara
cinta lama lara aku, cinta lama lara palsu
cinta dulu, cinta kamu.

bila dekat rasa mau
bila jauh rasa rindu
bila di tengah rasa tepu
lama-lama jadi tak lalu

buat kekasih terkini aku
ingin ku ikat dirimu
memandang diriku tanpa jemu
rasa mahu, mahu selalu.

damansara goodbye sudah.
damansara tempat cinta lara.
damansara damansara
tempat cinta punah ranah


II

malam tadi di damansara
bilik petak lama ku singgah
sekian lama tidak di sana
hati gundah jiwa lara

damansara damansara
depan jalan itu bilik petak kaku
tempat berkasih tempat bermadu
tidak mahu ku lalu disitu

sekian lama tidak ke sana
di bilik petak dia ku bertapa
teringat kenangan di seberang jalan
ketika hati tidak berteman

dia gelak bersama aku
mengenang cerita cinta dulu
kini dia menangis di situ
kerana damansara tempat cinta dia berlalu

macam-macam di damansara
di Sulaiman la tempat bersua
semalam bertemu rakan remaja
mengenang cerita cinta lama di sana

damansara damansara
cinta baru bertemu cinta lama
cinta dia berlalu juga
mengapa harus di damansara?

(hari ini ku tiba disini
meninggalkan kenangan damansara
tempat baru cinta hati
boleh jadi di subang jaya) :P


p/s: babe, nanti i mai lagi, kita swim lagi na? *grin*

5 comments:

Anonymous said...

apa kot? :P

sharkpitt said...

kah kah...begitu obses sungguh kamu dgn damansara ya!sampai buat puisi!hahaha...

TOOLBOX said...

Gua masih lalu sini wlpun x kerap sgt sama cam lalu kat Damansara

Thanks ingatan & doa ;)

Btw sapa kawen dgn lu untung lar beb .. hari2 bleh naik haji :p (jgn marah ok.. just lawak bodo)

TooLBoX

thinker bell said...

bride : i love damansara okay. thanks for reminding me how much i wanted to be staying there dari zmn muda2 lagi.

azni : damansara la tempat kita koyak poket kita memakan paddington pancake. LOL.

shafik : gua obses kat sulaiman tu especially.

toolbox: Marah? takkan nak marah lawak2 gatal. i ok ajek. :p i still wish for an email :D

thinker bell said...

*ralat!

..i wanted to stay there. ape BI aku kokak haram jad ni. :D